12 tip pemanduan untuk mengelakkan kemalangan jalanraya
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu menggunakan system GPS.
- Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan berdasarkan pengawasan daripada system GPS.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.
- Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
- Dilarang memberhentikan kenderaan anda diatas jalanraya sekiranya anda tersesat.
- Dilarang menggunakan lampu “hazard” semasa memandu didalam hujan, tetapi kurangkan kelajuan dan jarakkan kenderaan anda
No comments :
Post a Comment