Ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir
1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, .
2. JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan
ini biasanya akan menyebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa
membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer
(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki
baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana
alat tersebut terpaksa di ganti.
3. Kos
untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan
pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor
yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita
terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi
kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang
tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah
minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak
berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata
dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2
hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti.
Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru,
waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk
kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima
jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan
peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
4. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
5. Periksa palam pencucuh
kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air
telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak
injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol.
Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya
(biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.
6. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung
(merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta
untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini
sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak
bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan
akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya
tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan
melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan
yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
No comments :
Post a Comment